<img height="1" width="1" style="display:none" src="https://www.facebook.com/tr?id=309689714547479&amp;ev=PageView&amp;noscript=1">

Tentang Kami


ForexVox yang berpangkalan di Kota London telah dicipta oleh pedagang untuk pedagang.

Misi kami adalah untuk menjadikan maklumat dan kelas bimbingan yang digunakan oleh bank-bank pelaburan utama tersedia kepada semua secara meluas. Dengan itu, ForexVox telah bekerjasama dengan Penyedia Tutor, Pertukaran dan Berita utama untuk menyediakan anda dengan semua pengetahuan/instrumen yang anda akan perlukan dalam perjalanan untuk menjadi pedagang terbaik. Bagi kami, kelas bimbingan yang disediakan dalam pasaran adalah seperti medan periuk api. Itulah sebabnya ForexVox (kebanyakan ahli pengasasnya adalah tokoh-tokoh besar di Kota London dan Eropah) telah mencipta kursus dengan rakan kongsinya yang diiktiraf oleh pertukaran utama.

Kemudiannya, kami mendapati yang perdagangan boleh menjadi perniagaan yang sunyi jika anda tidak mempunyai sesiapa untuk berkongsi idea. Itulah sebabnya kami mencipta bilik sembang dengan pakar-pakar industri untuk sentiasa berada di pihak anda. (Penyumbang-penyumbang ini telah melalui syarat-syarat ketat penyertaan Institut Pengurusan dan Kewangan Eropah - European Institute of Management and Finance (ElMF)). Ditambah lagi dengan siaran berita audio langsung ‘terkini’ dan tawaran produk kami yang komprehensif.

Kami di ForexVox akhirnya merasakan bahawa terdapat jawapan kepada keperluan-keperluan pedagang untuk menjadikan perdagangan adalah medan yang adil, bermula dari pedagang baharu sehinggalah pedagang profesional.

Sertai revolusi ForexVox!